31 Julai, 2008

PETUA UNTUK COOLKN DIRI

Kita memang selalu down, bila boss marah kita, kengkawan nyisihkan kita, mak berleter ngan kita atau cikgu marah ngan kita. Kita juga makin kurang bersemangat bila perniagaan kita menurun, rakan sekerja kurang beri kerjasama atau buat donno saja. Bila dalam keadaan begini, apa nak buat? Mestilah ubah mood kita jadi hepi, ceria dan bertenaga.
Cemana nak menghepikan diri sendiri? Mulakan dengan…
1. Niat di hatiKatakan pada diri sendiri “aku mau jadi hepi, aku nak jadi bersemangat!”.
2. Ubah pernafasan.Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang 5 hingga 7 kali untuk kesan maksima. 3. Ubah postur badan dan gaya berjalan.Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh konpiden, bior nampak bertenaga! 4. Menyanyi kecilMenyanyi-nyanyi boleh merubah mood kita, terutama lagu yang kita suka. Elak menyanyi lagu sedih, sebab ia merubah mood Anda bertukar menjadi sedih. Kita nak hepi, ye tak?
5. Banyakkan istighfar dan zikir Bila kita down, ada amarah kecil dalam hati kita, means kita tak puas hati tentang sesuatu, benda atau perkara, sebab itu emosi kita down lalu jadi kurang bersemangat. Untuk menghilangkan amarah tu, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi bila sebelum itu, Anda mengambil wuduk.. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesan istighfa tu meresap masuk jauh ke sanubari Anda, sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga Anda benar-benar terasa damai, sedamai yang mungkin. Selepas itu, bersyukurlah atas semua apa yang Anda ada hari ini, saat ini, ketika ini. Misalnya, bersyukur sebab Anda ada tempat kerja untuk mencari rezeki, bersyukur sebab hujung bulan Anda ada pendapatan tetap bayar bil-bil Anda, bersyukur sebab Anda bertemu dengan blog iMotivasi yang menaikkan semangat Anda. Rajin bersyukur merubah jiwa anda menjadi lebih tenang, lantas menjadi lebih bersemangat! Pilih untuk menjadi orang yang hepi. Be happy, choose to be happy!

28 Julai, 2008

KATA DATO' FADHILAH KAMSAH

“Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru” - Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Yup, saya mengakui perkara kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah ni. Walaupun saya banyak membaca, mengkaji dan men’test’ sendiri, tapi dengan berguru di bawah bimbingan seorang guru, hasilnya dua kali ganda lebih ummph! Sebab, dengan bimbingan seorang guru kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang dari banyak mengkaji, meneliti, menganalisa dan mempraktikkan apa yang kita baca. Seorang guru juga sudah pasti akan berkongsi kegagalan dirinya di masa lalu mengajar kita supaya dapat mengelak dari menempuh kegagalan yang pernah dilaluinya. Kesan daripada itu, Anda dapat menjimatkan masa lalu peluang untuk berjaya dan cemerlang menjadi semakin cerah! Berguru dengan buku saja tak sama dengan berguru di bawah bimbingan sorang guru tak kira dia ayah kita, kawan kita atau orang yang kita hubungi melalui email. Janji, dia menjadi guru kita. Carilah guru Anda hari ini juga. Belajar dengan seorang guru dapat merubah sesiapa saja menjadi lebih cemerlang!

07 Julai, 2008

SALAM KEIKHLASAN

Salam pembaca Motivasi.Moga memulakan hari dengan penuh bersemangat dan penuh motivasi. Saya sungguh bersemangat hari ini.Ramai dari kita asyik turun naik motivasinya. Tapi, tahukah Anda, motivasi ada di mana-mana? Ia ada di depan mata, cuma Anda yang tak nampak.Motivasi tak naik-naik sebab Anda tidak ada sesuatu yang boleh menjadi penyuntik motivasi. Kita perlu bijak menafsirkan sekeliling lalu mencari motivasi tersirat di dalamnya.Bagi saya, di waktu pagi saya menjadikan kerajinan orang lain yang saya lihat sebagai penyuntik motivasi. Mereka terdiri dari golongan rendah, yang menjadi tukang sapu, tukang potong rumput, drebar bas, pemandu lori dan penjual kuih. Saya benar-benar kagum dengan kerajinan mereka kerana mereka bangun bekerja di awal subuh semata-mata nak mencari rezeki.Di waktu tengahari, saya menjadikan orang-orang professional dan yang berjaya sebagai penyuntik inspirasi. Setiap kali melihat mereka berpakaian kemas, segak dan berjalan dengan penuh yakin, saya jadi cukup bersemangat bekerja!.Sebelum tidur, mengingat Anda sebagai pembaca blog ini membuat saya tak kering dengan curahan idea, terutama di kala sunyinya malam. Terus terang, tiap kali mengingat Anda dan bila timbul keinginan nak buat orang jadi bersemangat, idea mengalir deras!Mulai saat ini, Anda perlu berubah. Cari apa yang dapat memotivasikan Anda dan apa yang dapat menjadikan Anda kekal termotivasi.Ia mungkin benda, perkara, sesuatu, orang, situasi atau peristiwa. Cari saja, Anda akan jumpa.Motivasi ada di mana-mana, ada pentunjuknya, cuma Yang Maha Esa mahu kita berfikir dahulu, baru dapat menggali motivasi tersirat yang banyak tersimpan di alam semesta ciptaannya. Bila kita mengingat kejayaan-kejayaan orang lain yang pernah kita lihat, baca atau ternampak, ia juga boleh membuat kita bermotivasi.Pilih salah satu cara dan sesuaikan dengan diri Anda.

03 Julai, 2008

PENGURUSAN STERES

Sebaik-baik cara untuk menangani stress adalah dengan bertenang. Sebab, dengan bertenang, minda dapat bekerja dengan lebih baik dan lebih efektif. Bila stress, fikiran menjadi buntu, bingung dan keliru. Anda takkan tahu apa yang perlu di lakukan. Kesannya, Anda cenderung melakukan kesilapan, lebih teruk lagi, melakukan kesalahan yang Anda kesali seumur hidup.
Cemana nak bertenang? Anda hanya perlu mengawal nafas lalu lupakan apa yang membuat Anda tertekan. Masalah kebanyakan orang, mereka tak mahu melupakan seketika apa yang membuat mereka tertekan. Kita perlu buat muhasabah diri. Kita asyik tertekan sebab kita ada rasa marah dalam diri, ada something yang kita tak puas hati, maybe sebab kewangan, keluarga atau benda di tempat kerja yang membuat kita geram sendiri. Kita perlu sentiasa istighfar dan maafkan orang lain, situasi, benda, serta diri sendiri.
Memaafkan diri sendiri dapat membuang rasa marah, selepas tu membuang rasa tertekan, membuat kita 'bebas dari stress. Stress boleh dielak bila kita tahu caranya. Paling asas adalah dengan melatih diri supaya bertenang. Kalau boleh, biarkan rasa tenang tu wujud dari pagi hingga ke malam hari. Hidup lebih lancar bila kita tenang, relaks, be in control.
Orang-orang yang berjaya dalam pelajaran, kerjaya dan bisnes adalah mereka yang melatih diri untuk sentiasa bertenang kerana mereka tahu, rasa tertekan hanya akan menghalang diri mereka dari mencapai kejayaan.