12 Julai, 2010

MENGAPA AURAT WAJIB DITUTUP

Aurat wajib ditutup dan haram membukanya bagi setiap orang dewasa lelaki dan perempuan, kerana mendedah aurat boleh membawa kepada fitnah yang besar. Firman Allah di dalam Surah An-Nur ; Ayat : 31, yang bermaksud ::
“ Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”
Jelas dalam ayat tersebut, Allah perintahkan supaya menundukkan pandangan serta menjaga kehormatan diri, iaitu dgn. menutup aurat seluruh badan bagi wanita kecuali muka dan telapak tangan, kerana mendedahkan kulit atau menampakkan bentuk badan adalah merupakan satu jalan untuk menaikkan nafsu keinginan manusia. Sebab itulah kita disuruh menundukkan pandangan sama ada lelaki mahupon perempuan. Maka pakaian yang terbelah sampai Nampak betis atau paha, saluar ketat serta baju yang boleh menampakkan bentuk badan, maka sudah jelas di sini bahawa cara berpakaian spt. Ini adalah dilarang oleh syariat Islam dan diharamkan oleh Allah s.w.t. Ayat di atas juga jelas menunjukan bahawa suruhan Allah itu supaya wanita melabuhkan tudung mereka serta melebarkannya sehingga menutupi sekitar paras dada bagi menutupi bahagian-bahagian yang indah terukir seni, supaya tidak menonjol rapi. Kerana tempat2 yang seni ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki, perasaan mereka mudah terusik apabila terlihatnya. Sebab itulah kaum wanita diwajibkan menutup aurat bagi memelihara harga diri. Mudah-mudahan dpt menundukan setiap mata yang memandang dan tidak mengulangi beberapa kali setelah terpandang kali pertama. Alla s.w.t. amat melarang kerana cara tersebut boleh manaikkan nafsu pihak lelaki yang rakus, dimana kesannya boleh membawa kpd kes rogol, zina seterusnya melahirkan anak luar nikah. Kemudian anak yang tak berdosa ini dicampak di merata-rata tempat. Maka tercemarlah maruah yang dihargai selama ini. Jagalah maruah diri kita, supaya diri kita tidak menjadi mangsa akhirnya teraniaya dan hina, pada pandangan masyarakat tiada lagi berharga.
Rujukan : Dr. Rokiah Ahmad
FPI UKM Bangi.