27 Jun, 2008

MOTIVASI DIRI

Orang berilmu,dia selalu menag dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri; caci disambut dengan senyuman,penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan.
Dalam menjalani kehidupan,kita perlu banyak bertenang kerana hanya bertenang boleh membuahkan pemikiran-pemikiran yang terbaik. Percayalah,tatkala kita bergopoh-gapah,sebenarnya separuh daripada keintelektualan kita telah hilang.Orang yang bergopoh-gapah mudah silap dalam membuat pilihan,mahupun keputusan.Kan ada hadis yang mengatakan,'Bertenang-tenang itu daripada malikat dan bergopoh-gapah itu daripada syaitan.'
Untuk bercakap tanpa berfikir,tidak ubah seperti menembak tanpa membedek.sesetengah perkara sesuai benar dengan semua orang,tak serasi dengan kita,sesetengah perkara sesuai benar dengan kita dan juga orang lain. Yang penting tidak salah mencuba untuk mengetahui.bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal.
Insan berfikiran tinggi gemar berkata tentang ilmu,insan berfikiran sederhana gemar berkata tentang peristiwa,insan berfikiran rendah gemar berkata tentang insan lain. Anda yang mana satu?
Bertambah luas akal,bertambah luaslah hidup,bertambah datanglah bahagia. Bertambah sempit akal,bertambah sempit pula hidup,bertambah datanglah celaka.
Seseorang yang negatif melihat masalah dalam semua peluang, tetapi orang yang positif melihat peluang dalam semua masalah.
Untuk bertindak bijak,kita kena berfikir secara bijak, tetapi untuk mencapai awan tidak cukup dengan layang-layang.

Tiada ulasan: