04 Jun, 2010

SELAMAT HARI GURU

MENGENANG JASA GURU
Saidina Ali K.W. pernah berkata : “ Aku adalah hamba kepada orang yang mengajarku sekalipun ia hanya mengajarku satu huruf. Oleh kerana itu, tidak terhalang apabila ia mahu menjual atau menjadikan aku sebagai hambanya”.
Ungkapan Saidina Ali k.r.w. di atas mempunyai pengertian yang sangat dalam, halus dan sgt. Beerti bagi seseorang yang ingin memahami dan mengamalkannya. Bagi beliau, tiada lagi orang yang paling utama dalam kehidupannya selain drpd. Allah, Rasulullah, ibu bapa dan gurunya. Guru adalah pembimbing utama dalam menentukan generasi berikutnya. Tanpa bimbingan guru, mungkin generasi berikutnya tidak jauh bezanya dengan haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. yg. bermaksud : “ Sekiranya tiada Ulama’, pasti manusia akan hidup seperti binatang.”
Oleh kerana itu, ajaran, nasihat dan teguran guru perlu diingat dan jasa mereka perlu dikenang. Mengenang jasa guru tidak semestinya dengan pemberian hadiah atau barang2 yg. Mahal, tetapi sudah memadai dgn mengirimkan kad ucapan atau pun yg seumpama dengannya.
Berikut adlh di antara panduan yang boleh diamalkan utk. membayangkan ssorg. itu mengenang jasa gurunya :
  • Ucapkan takziah secepat mungkinapbl. Guru mendapat musibah spt. Kematian, kecemasan dan sbgnya.
  • Berilah bantuan dgn. segera sekiranya mampu, sekurang2nya dpt. Meringankan bebanan / masalah yg ditanggungnya.
  • Kunjungi mereka pd. Musim2 perayaan dan masa2 tertentu.
  • Beri penghormatan sepenuhnya kpd. Ahli keluarganya samada perbuatan, perkataan ataupon amalan2 yg sesuai.
  • Doa’kan mereka supaya terus dipanjangkan umur dan dpt terus menabur bakti kpd. generasi akan datang.
  • Sekiranya ia telah kembali ke rahmatullah, doa’kanlah supaya rohnya diangkat ke tahap org2 yg hampir kpd. Allah dan agar diamponkan segala dosa2nya.
  • Teruskan menyebar dan mengembangkan ilmu yg pernah disampaikan kpd kita utk kebaikan insan seterusnya.

Setiap guru pasti akan berasa gembira dan berbangga apabila setiap pelajar menghargai jasa yang telah dicurahkan. Langkah2 yg dicadangkan ini adlh utk mengeratkn lg. hubungan antara guru dgn pelajar, dan pastinya guru akan lebih bersemangat lagi utk terus menabur bakti kpd generasi akan datang.

Sekian… sekadar perkongsian sahaja.

Tiada ulasan: