03 Jun, 2013

D' SOFWA HOMESTAY

Kini Dibuka di Taman Permata, Batu 6, Parit Buntar Perak Darul Ridzuan. Rumah Semi 'D' bersesuaian bagi keluarga yang ingin bercuti, menginap di musim kenduri, Out Station, Guru2 Praktikum dan sebagainya.

( Terbuka kepada Warga Muslim sahaja ) ( For Muslim only )   

KEISTIMEWAAN D' SOFWA
-  Terdapat pemandangan sawah padi yang menarik.
-  1 km dari Pekan Batu Lima.
-  10 km dari Pusat Bandar Parit Buntar, Perak.
-  10 km ke PASAR KEMBOJA Parit Buntar.
-  20 km ke Pusat Rekreasi Kuala Gula, Kuala Kurau, Perak.
-  15 km ke Pantai Ban Pecah, Tanjung Piandang, Perak.
-  6 km dari Jeti Kuala Kurau.
-  50 meter dari Sekolah Kebangsaan.


KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN :
- Parkir berbumbung untuk 2 buah kereta. 
- Tiga Bilik Tidur + Kipas Angin  
- 2 bilik air di ruang dapur.
- Master Bedroom + Bilik Air + Aircondition 
- Sejadah untuk solat di setiap bilik.
- Ruang tamu yang selesa + Set sofa.
- TV + DVD player.
- Ruang Memasak dan Ruang Makan yang   selesa. 
- Peti Ais
- Peralatan memasak.
- Dapur gas.
- Rice cooker
- Water Filter
- Cerek Elektrik.
- Bekas makanan.
- Lain-lain kemudahan untuk keselesaan Anda. 

PENGURUSAN :
- Chek In    :  ( 03:00pm )
- Chek Out :  ( 12:00pm )
- Booking RM50.00 ( Semasa membuat tempahan & Tidak dikembalikan )
- Penjelasan baki bayaran hendaklah dibuat sehari sebelum Chek In.
  ( Bank In / Internet Banking / Cash )
- 'Walk In' Pelanggan hendaklah menjelaskan semua bayaran sebelum chek in.
  ( Jika ada kekosongan )

Harga berpatutan :  RM 180.00 / Malam. ( Hari biasa )
                                  RM 200.00 / Malam  ( Cuti Sekolah )
                                 

** Untuk keterangan lanjut sila hubungi talian berikut :
       ( H/P / Whatsaap :  013-3939624 / 019-3078500 ) 

Urusan Pembayaran : 
CIMB BANK :  02070026668523  
MAYBANK : 162076630779


03 November, 2011

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu. RENUNGILAH… “HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”

09 Februari, 2011

SALAM MAULIDUR RASUL

Salam Maulidur Rasul untuk semua Ummat Islam walau di mana berada. Sama-samalah kita menghayatinya, semoga hidup kita akan menjadi lebih Kreatif, berinovatif lagi berintegriti.
Jadikanlah Rasulullah S.A.W. sebagai Role Model ( Uswatun Hasanah ) di dalam kehidupan kita, Insyaallah Allah akan sentiasa merahmati kehidupan kita, sama ada di dunia dan juga di Akhirat nanti.
" Insyaallah.... "

12 Julai, 2010

MENGAPA AURAT WAJIB DITUTUP

Aurat wajib ditutup dan haram membukanya bagi setiap orang dewasa lelaki dan perempuan, kerana mendedah aurat boleh membawa kepada fitnah yang besar. Firman Allah di dalam Surah An-Nur ; Ayat : 31, yang bermaksud ::
“ Katakanlah ( olehmu wahai Muhammad ) kepada wanita-wanita beriman supaya mereka menundukan pandangan dan menjaga kehormatan diri mereka dan jagan memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali apa yang jelas daripada mereka dan hendaklah mereka labuhkan tudung sehingga ke bawah paras dada dan jangan memeperlihatkan perhiasan kecuali kepada suami, bapa mereka, bapa mertua mereka atau anak mereka dan anak tiri mereka, saudara lelaki dan anak saudara lelaki, saudara perempuan dan hambanya dan di antara orang lelaki yang dikasi atau tidak ada syahwat kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti aurat wanita dan janganlah berjalan menghentak kaki sehingga orang dengar perhiasan yang ada padanya. Bertaubatlah kamu kepada Allah wahai orang2 yang beriman, mudah-mudahan kamu mendapat kemenangan. ”
Jelas dalam ayat tersebut, Allah perintahkan supaya menundukkan pandangan serta menjaga kehormatan diri, iaitu dgn. menutup aurat seluruh badan bagi wanita kecuali muka dan telapak tangan, kerana mendedahkan kulit atau menampakkan bentuk badan adalah merupakan satu jalan untuk menaikkan nafsu keinginan manusia. Sebab itulah kita disuruh menundukkan pandangan sama ada lelaki mahupon perempuan. Maka pakaian yang terbelah sampai Nampak betis atau paha, saluar ketat serta baju yang boleh menampakkan bentuk badan, maka sudah jelas di sini bahawa cara berpakaian spt. Ini adalah dilarang oleh syariat Islam dan diharamkan oleh Allah s.w.t. Ayat di atas juga jelas menunjukan bahawa suruhan Allah itu supaya wanita melabuhkan tudung mereka serta melebarkannya sehingga menutupi sekitar paras dada bagi menutupi bahagian-bahagian yang indah terukir seni, supaya tidak menonjol rapi. Kerana tempat2 yang seni ini tidak boleh dilihat oleh kaum lelaki, perasaan mereka mudah terusik apabila terlihatnya. Sebab itulah kaum wanita diwajibkan menutup aurat bagi memelihara harga diri. Mudah-mudahan dpt menundukan setiap mata yang memandang dan tidak mengulangi beberapa kali setelah terpandang kali pertama. Alla s.w.t. amat melarang kerana cara tersebut boleh manaikkan nafsu pihak lelaki yang rakus, dimana kesannya boleh membawa kpd kes rogol, zina seterusnya melahirkan anak luar nikah. Kemudian anak yang tak berdosa ini dicampak di merata-rata tempat. Maka tercemarlah maruah yang dihargai selama ini. Jagalah maruah diri kita, supaya diri kita tidak menjadi mangsa akhirnya teraniaya dan hina, pada pandangan masyarakat tiada lagi berharga.
Rujukan : Dr. Rokiah Ahmad
FPI UKM Bangi.

04 Jun, 2010

SELAMAT HARI GURU

MENGENANG JASA GURU
Saidina Ali K.W. pernah berkata : “ Aku adalah hamba kepada orang yang mengajarku sekalipun ia hanya mengajarku satu huruf. Oleh kerana itu, tidak terhalang apabila ia mahu menjual atau menjadikan aku sebagai hambanya”.
Ungkapan Saidina Ali k.r.w. di atas mempunyai pengertian yang sangat dalam, halus dan sgt. Beerti bagi seseorang yang ingin memahami dan mengamalkannya. Bagi beliau, tiada lagi orang yang paling utama dalam kehidupannya selain drpd. Allah, Rasulullah, ibu bapa dan gurunya. Guru adalah pembimbing utama dalam menentukan generasi berikutnya. Tanpa bimbingan guru, mungkin generasi berikutnya tidak jauh bezanya dengan haiwan. Sabda Rasulullah s.a.w. yg. bermaksud : “ Sekiranya tiada Ulama’, pasti manusia akan hidup seperti binatang.”
Oleh kerana itu, ajaran, nasihat dan teguran guru perlu diingat dan jasa mereka perlu dikenang. Mengenang jasa guru tidak semestinya dengan pemberian hadiah atau barang2 yg. Mahal, tetapi sudah memadai dgn mengirimkan kad ucapan atau pun yg seumpama dengannya.
Berikut adlh di antara panduan yang boleh diamalkan utk. membayangkan ssorg. itu mengenang jasa gurunya :
  • Ucapkan takziah secepat mungkinapbl. Guru mendapat musibah spt. Kematian, kecemasan dan sbgnya.
  • Berilah bantuan dgn. segera sekiranya mampu, sekurang2nya dpt. Meringankan bebanan / masalah yg ditanggungnya.
  • Kunjungi mereka pd. Musim2 perayaan dan masa2 tertentu.
  • Beri penghormatan sepenuhnya kpd. Ahli keluarganya samada perbuatan, perkataan ataupon amalan2 yg sesuai.
  • Doa’kan mereka supaya terus dipanjangkan umur dan dpt terus menabur bakti kpd. generasi akan datang.
  • Sekiranya ia telah kembali ke rahmatullah, doa’kanlah supaya rohnya diangkat ke tahap org2 yg hampir kpd. Allah dan agar diamponkan segala dosa2nya.
  • Teruskan menyebar dan mengembangkan ilmu yg pernah disampaikan kpd kita utk kebaikan insan seterusnya.

Setiap guru pasti akan berasa gembira dan berbangga apabila setiap pelajar menghargai jasa yang telah dicurahkan. Langkah2 yg dicadangkan ini adlh utk mengeratkn lg. hubungan antara guru dgn pelajar, dan pastinya guru akan lebih bersemangat lagi utk terus menabur bakti kpd generasi akan datang.

Sekian… sekadar perkongsian sahaja.