05 November, 2008

LANGKAH MENGATASI PANAS BARAN

Orang yang panas baran , jadi cepat marah sebab dia tak terbiasa untuk bersabar. Sabar baginya satu perkara remah. Ego dalam dirinya tercabar, sebab itu dia cepat naik angin. Jadi panas berapi. Ego adalah sebahagian dari nafsu. Untuk melawan nafsu, hanya dengan puasa dan bersabar. Bersabar, jika dikaji maksud sebenarnya adalah ‘menahan diri’. Puasa pula, menahan diri dari makan dan minum. Ketika berpuasa, secara automatik ia akan membuat kita jadi penyabar. Bagi Anda yang susah nak kawal rasa marah atau mencari cara bagaimana nak hilangkan sikap panas baran , amalan berpuasa (puasa sunat selain puasa wajib di bulan Ramadhan) adalah penyelesaian terbaik. Sebagai umat Islam, ibadah yang dilakukan dengan ikhlas untuk mengharap pahala daripada Allah, sudah tentu akan menjauhkan diri kita dari sikap-sikap negatif, termasuk panas baran, pemarah dan tekanan. Bila kita rajin berpuasa sunat, serta merta puasa itu akan membentuk kita jadi penyabar, lalu menjadikan kita kuat mengawal emosi. Orang-orang yang sabar dijanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Sebaliknya, orang yang tamak dan kurang penyabar, dijanjikan kerugian dan kekalahan. Kita perlu LiveStrong . Kita perlu kuat menahan marah, bahkan melawan rasa nak marah. Kita mesti menjadi kuat menahan emosi bergelora di dalam jiwa. Sanggupkah kita hilang kawan, hilang keluarga, hilang maruah hanya kerana kita orang panas baran ? Orang akan lebih menghormati kita, bila kita menjadi seorang yang bijak mengawal rasa marah. Ramai orang akan cepat mendekati kita, bahkan menyenangi kita sentiasa.

03 November, 2008

SABAR ITU CIRI2 ORG BERIMAN

Kawalan emosi yang ampuh adalah dengan sabar. Bila nak marah, tahan marah. Bila rasa tertekan, tahan rasa tertekan. Cari sesuatu yang lain lalu salurkan kemarahan atau rasa tertekan melaluinya. Sesetengah orang, menggunakan aktiviti tertentu untuk ‘lepas geram’. Ada orang menumbuk beg pasir dengan kuat semata-mata melepaskan stress terbuku lama di kepalanya. Ada sesetangah orang, bekerja dengan sangat rajin sebagai respon atas kritikan pedas menekan yang diterimanya. Ingat! jangan lepaskan dengan perkataan dari mulut Anda, tapi lepaskan dengan perbuatan. Lepaskan dengan cara diam-diam, kerana itu adalah cara mengawal marah hasil atau rasa tertekan. Tak siapa yang sanggup bersabar lama-lama. Marah dan rasa tertekan yang disimpan, mesti dilepaskan keluar satu persatu. Jika disimpan lama-lama dalam hati, akan jadi macam gunung berapi. Satu hari nanti, meletup berapi!