06 April, 2009

CARA MENGATASI EMOSI NEGETIF

Cara lain untuk Anda nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang adalah merubah perhatian kepada sesuatu yang menyeronokkan. Ketika emosi negatif menyerang, ia menjadikan Anda marah, menahan geram, sakit hati atau melayan rasa tak puas hati. Maknanya, Anda sedang berada dalam kesakitan (pain). Bukan kesakitan cam luka tu, tapi Anda berhadapan dengan sesuatu yang Anda tak suka, yang membuat Anda jadi tertekan. Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan (pain), ubah perhatian kepada keseronokan (pleasure). Keseronokan adalah bila Anda bertemu dengan apa yang Anda suka. Untuk ada keseronokan, Anda kena membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi Anda. Selain membuat, Anda juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan. Merasakan sesuatu? Cemana tu? Gunakan imaginasi. Kira macam syok sendiri la ni. Syok sendiri tak salah, apatah lagi jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi. Ada orang, bila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, pastu entah cemana dia jadi bersemangat tetiba. Ada orang, teringat awek dia, tetiba jadi girang semacam. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja!. Ada orang, nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kengkawan dia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tiba-tiba timbul inspirasi, kemudian entah cemana dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang dah OK nak bekerja. Contoh-contoh tadi Anda boleh aplikasikan pada diri Anda. Tujuannya untuk membuat Anda mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal Anda. Bila Anda dah mahir mengawal emosi, tanpa Anda ketahui Anda dah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan Anda boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja target yang Anda mahu, seperti mana Anda memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat. Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi Anda untuk muncul jadi orang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi Anda serta merta.