16 Oktober, 2009

DUGAAN TREN KOMUTER

Luahan hati sebagai seorang pengguna pengangkutan awam yang bernama “ KTM Komuter “ yang agak terkenal di Negara kita dengan penuh bangganya.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan para pembaca blog ini, yang mana mungkin tidak pernah merasai betapa azab dan sengsaranya ketika mana menunggu dan hendak menaiki Komuter dari Kuala Kubu Baru (KKB) ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

Inilah rutin harian saya yang berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan begitulah juga sebaliknya. Seawal jam 6.00pagi saya terpaksa keluar dari rumah untuk mendapatkan Tren Komuter pada jam 6.20pagi dari Stesen KKB ke Kuala Lumpur bagi menepati masa masuk kerja pada jam 8.00pagi. Begitu lah juga ketika mana hendak pulang ke rumah, saya terpaksa bergegas ke Stesen Komuter tepat jam 5.20petang untuk dapatkan train dari KL ke Rawang dan seterusnya tiba di stesen KKB pada jam 7.00malam.
Memang menarik apa yang dicakapkan oleh sesetengah pihak yang mana ada mengatakan pergi kerja dengan menggunakan Tren Komuter dapat mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya dan dapat menjimatkan belanja. Akan tetapi sekarang lain pulak bunyinya, bawak kereta adalah lebih baik dari naik Komuter, yang mana telah banyak berubah segala-galanya.
Tren Komuter tidak lagi seindah dan seceria dahulu. Tren selalu mengalami masalah kerosakan dan menyebabkan kelewatan berlaku apabila pihak KTMB terpaksa membuat perubahan jadual. Oleh yang demikian, masalah kesesakan penumpang telah berlaku dan menyebabkan penumpang terpaksa berebut dan berlakulah tolak-menolak antara satu sama lain tidak kira jantina, tua atau muda, asalkan dapat masuk dan balik, namun yang tidak bernasib baik, sudah tentu tak dapat masuk dengan muka bengang dan kecewa.
Persoalannya, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan, dan siapakah yang akan bertanggungjawab bagi merungkai segala kesulitan ini. Kalau tak ada orang yang nak bertanggungjawab, swastakan saja lah. Apa gunanya stesen yang selalu nak dinaik taraf dan diperindahkan dengan keceriaannya, sedangkan masalah tren Komuter tak pernah nak di selesaikan.
Menurut kajian dan pemikiran pengguna yang waras lagi bijaksana, mereka lebih memerlukan tren Komuter daripada keindahan stesen.
Di antara mangsa yang terlibat adalah saya salah seorang dari ribuan penumpang Tren Komuter pada setiap hari bekerja. Sekiranya berlaku kelewatan tren, sayalah di antara orang2 yg paling lewat sampai ke pejabat dan begitulah jugak di waktu hendak pulang ke rumah, kadang2 jam 8.00 malam baru boleh masuk ke rumah.
Inilah luahan suara hati saya yang tak dapat nak digambarkan kepada semua pembaca blog ini. Inilah suasana yang terpaksa dihadapi oleh ribuan pengguna tren Komuter pada setiap hari di kala saat Negara sedang membangun dengan kemajuannya. Tak tau nak kata apa lagi dah….
Kalau nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri ke stesen komuter pada waktu2 yang dikatakan tadi.
Sekian terima kasih. 

13 Oktober, 2009

CINTA HAKIKI

Cinta lahir dari hati. Hati bersih, penuh kemaafan dan penuh rasa memaafkan, akan dapat merasai kenikmatan cinta. Cinta yang membahagiakan akan membuat kita bersemangat tinggi, penuh bermotivasi dalam berusaha mencapai apa yang kita cita-citakan. Itulah sebabnya kita sebagai orang Melayu beragama Islam disarankan berkahwin, supaya cinta yang ada dihati dapat disalurkan dengan cara yang halal.
Cinta berlandaskan agama menjadikan kita mengecap hidup bahagia, kita terasa ada orang tersayang menyokong usaha kita.
Cinta berlandaskan nafsu duniawi juga boleh menjadikan kita orang berjaya, bahagia dan ternama.
Tapi, apa yang dikecapi seakan sekejap saja, penuh pelbagai masalah, pergolakan juga seribu satu musibah entah bila akhirnya. Cinta didorong oleh nafsu membuat kita bergelumang dengan dosa yang mengakibatkan kita sengsara.
Cinta sifatnya positif. Bila disalurkan dengan cara positif akan membuat kita sentiasa berada dalam arus tenaga positif, menjadikan emosi kita positif - kita rasa tenang, bahagia, gembira. Bebas dari stress, bebas dari tekanan walau kita bukan beragama Islam sekalipun.
Kita akan mudah menarik situasi-situasi menggembirakan, kita akan ditemukan dengan orang-orang yang menggembirakan kita, kita ditemukan dengan perkara-perkara juga benda-benda yang akan menggembirakan kita.
Bagi saya, cinta adalah salah satu tanda kekuasaan Allah, menjadi pendorong dalaman untuk kita beribadah dengan lebih rajin lagi. Allah maha pengasih dan maha penyayang. Sudah tentu dia menyayangi hamba-hambanya, maka sebab itulah dia mengurniakan rasa cinta di hati kita supaya kita semakian kenal siapa yang mencipta kita. lantas berusaha mendekatkan diri kepadanya.
Biarlah cinta kita sesama manusia membawa kita kepada kerajinan beribadah untuk mengharap keredhaan Allah dalam hidup kita. Moga dengan itu, apa yang kita impikan akan menjadi satu kenyataan dan sentiasa diberkati oleh Allah s.w.t.