23 Mei, 2008

MoU antara MTQN dgn JAKIM

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JAKIM DAN MTQN

Gambar Satu : Acara menandatangani MoU antara wakil MTQN dgn Dato' KP JAKIM. Gambar Kedua : Acara Pertukaran MoU antara wakil MTQN dgn Dato' KP JAKIM. Gambar Ketiga : Acara bergambar antara wakil-wakil MTQN dgn Dato' KP JAKIM.

20 Mei, 2008

SALAM HARI GURU

SELAMAT HARI GURU
SEMOGA SEJAHTERA BUAT SEMUA GURU-GURUKU, WALAU DI MANA BERADA,
SEMOGA ALLAH SAHAJA AKAN MEMBERKATI PERJUANGAN KALIAN SEMUA.
AMIIIIN YAA RABBAL ALAMIIIIN....

13 Mei, 2008

Darul Quran dinaik Taraf sebagai Universiti

KUALA KUBU BARU: Darul Quran akan menjadi Universiti Al-Quran pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kursus peringkat ijazah, sarjana muda dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang hafazan, taranum dan qiraad.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha menaik taraf Darul Quran kepada sebuah universiti akan menjadi kenyataan apabila mendapat kelulusan Kabinet.“Kita berniat menjadikan Darul Quran sebuah universiti al-Quran pertama di Asia Tenggara kerana dari segi infrastruktur, tenaga pengajar dan kokurikulum semuanya memenuhi kriteria diperlukan, tetapi perlu diperkemaskan.“Selama inipun, kita ada program berkembar dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pensijilan dan bidang tertentu. Tidak mustahil dalam waktu terdekat dan atas kelulusan Perdana Menteri serta Kabinet, pengwujudan universiti kolej dan sebagai sebuah universiti akan dapat direalisasikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis sambutan dan bacaan ikrar 250 pelajar Diploma Tahfiz al-Quran sesi 2008/2011 di Auditorium Syeikh Mohd Nor Darul Quran, di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Darul Quran Jakim, Che Ibrahim Che Man dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Anan C Mohd.

Sumber berita----- (Harian Metro: 12/05/2008)

06 Mei, 2008

KURSUS KOMUNIKASI DAKWAH

Tarikh : 05 - 08 / 05 / 2008 Tempat : ILIM Bangi.

Pengisian : Kemahiran membina blog sendiri. Cara-cara untuk memasukan segala maklumat kedalam blog, gambar-gambar dan lain-lain lagi. Sekarang barulah celik ckit dunia blogest ni.

Terima kasih kepada semua yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya...