11 Januari, 2010

BERSALAMAN ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

HUKUM BERSALAMAN ANTARA LELAKI DGN. PEREMPUAN
Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian persaudaraan. Ringkasnya yang boleh membatalkan air sembahyang dan dibolehkan berkahwin, melainkan secara berlapik. Apa yang dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafi’e dan juga telah dinyatakan oleh Sheikh ‘Athiah Saqar dari majlis Fatwa Al-Azhar dengan katanya berdasarkan kaedah mazhab Syafi’e.
لا يحل مصافحة الرجل والمرأة إلا بالحائل
Tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan dengan berlapik.
Ini berdasarkan ayat Al-Quran yg bermaksud : ( Surah : Al-Nisa’ : 43 )
Ataupun kamu bersentuh Dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum Dengan tanah - debu, Yang suci, Iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
Berdasarkan ayat ini mengikut mazhab Imam Syafi’e adalah batal wudhu’ sekiranya bersentuh lelaki dgn. Perempuan, maka dgn. Demikian adalah haram bersentuhan dengan sengaja sama ada secara bersalaman atau lainnya. Sama ada dengan rasa keinginan atau tidak, bersalaman tidak boleh kecuali dgn. berlapik atau beralas.
Manakala jumhur, iaitu ( Hanafi, Maliki dan Hanbali ) berpendapat tidak mengapa sekadar bersalaman antara lelaki dan perempuan sekiranya tidak ada keinginan nafsu antara mereka. Walau bagaimanapun menurut fatwa Sheikh Mohd Mutawalli al-Sha’rawi menyatakan bahawa tidak digalakkan bersalaman antara lelaki dgn. perempuan sekalipun disertakan dgn. niat sekadar bersalaman sahaja, krn. ditakuti akan wujud bibit-bibit keinginan nafsu syahwat melalui antara dua tangan yang bersalaman tadi. Sedangkan melihat dgn mata pun boleh mendatangkan perasaan, inikan pula bersentuhan tangan.
Menurut mazhab Syafi’e seandainya bersalaman tanpa lapik adlh. Berdosa dan haram kerana sentuhan di antara dua tangan yang bukan muhramnya adlh wajib beristighfar dan bertaubatlah kpd Allah.