13 Mei, 2008

Darul Quran dinaik Taraf sebagai Universiti

KUALA KUBU BARU: Darul Quran akan menjadi Universiti Al-Quran pertama di Asia Tenggara yang menawarkan kursus peringkat ijazah, sarjana muda dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang hafazan, taranum dan qiraad.Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata usaha menaik taraf Darul Quran kepada sebuah universiti akan menjadi kenyataan apabila mendapat kelulusan Kabinet.“Kita berniat menjadikan Darul Quran sebuah universiti al-Quran pertama di Asia Tenggara kerana dari segi infrastruktur, tenaga pengajar dan kokurikulum semuanya memenuhi kriteria diperlukan, tetapi perlu diperkemaskan.“Selama inipun, kita ada program berkembar dengan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam pensijilan dan bidang tertentu. Tidak mustahil dalam waktu terdekat dan atas kelulusan Perdana Menteri serta Kabinet, pengwujudan universiti kolej dan sebagai sebuah universiti akan dapat direalisasikan,” katanya pada sidang media di sini, semalam. Ahmad Zahid berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perjumpaan Bersama Pelajar Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan majlis sambutan dan bacaan ikrar 250 pelajar Diploma Tahfiz al-Quran sesi 2008/2011 di Auditorium Syeikh Mohd Nor Darul Quran, di sini. Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Darul Quran Jakim, Che Ibrahim Che Man dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jakim, Anan C Mohd.

Sumber berita----- (Harian Metro: 12/05/2008)

Tiada ulasan: