28 Julai, 2008

KATA DATO' FADHILAH KAMSAH

“Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang pun mesti ada guru dan mesti berguru” - Dato’ Dr Fadzilah Kamsah. Yup, saya mengakui perkara kata-kata motivasi dari Dr Fadzilah Kamsah ni. Walaupun saya banyak membaca, mengkaji dan men’test’ sendiri, tapi dengan berguru di bawah bimbingan seorang guru, hasilnya dua kali ganda lebih ummph! Sebab, dengan bimbingan seorang guru kita boleh menjimatkan masa, tenaga dan wang dari banyak mengkaji, meneliti, menganalisa dan mempraktikkan apa yang kita baca. Seorang guru juga sudah pasti akan berkongsi kegagalan dirinya di masa lalu mengajar kita supaya dapat mengelak dari menempuh kegagalan yang pernah dilaluinya. Kesan daripada itu, Anda dapat menjimatkan masa lalu peluang untuk berjaya dan cemerlang menjadi semakin cerah! Berguru dengan buku saja tak sama dengan berguru di bawah bimbingan sorang guru tak kira dia ayah kita, kawan kita atau orang yang kita hubungi melalui email. Janji, dia menjadi guru kita. Carilah guru Anda hari ini juga. Belajar dengan seorang guru dapat merubah sesiapa saja menjadi lebih cemerlang!

Tiada ulasan: