Orang yang panas baran , jadi cepat marah sebab dia tak terbiasa untuk bersabar. Sabar baginya satu perkara remah. Ego dalam dirinya tercabar, sebab itu dia cepat naik angin. Jadi panas berapi. Ego adalah sebahagian dari nafsu. Untuk melawan nafsu, hanya dengan puasa dan bersabar. Bersabar, jika dikaji maksud sebenarnya adalah ‘menahan diri’. Puasa pula, menahan diri dari makan dan minum. Ketika berpuasa, secara automatik ia akan membuat kita jadi penyabar. Bagi Anda yang susah nak kawal rasa marah atau mencari cara bagaimana nak hilangkan sikap panas baran , amalan berpuasa (puasa sunat selain puasa wajib di bulan Ramadhan) adalah penyelesaian terbaik. Sebagai umat Islam, ibadah yang dilakukan dengan ikhlas untuk mengharap pahala daripada Allah, sudah tentu akan menjauhkan diri kita dari sikap-sikap negatif, termasuk panas baran, pemarah dan tekanan. Bila kita rajin berpuasa sunat, serta merta puasa itu akan membentuk kita jadi penyabar, lalu menjadikan kita kuat mengawal emosi. Orang-orang yang sabar dijanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Sebaliknya, orang yang tamak dan kurang penyabar, dijanjikan kerugian dan kekalahan. Kita perlu LiveStrong . Kita perlu kuat menahan marah, bahkan melawan rasa nak marah. Kita mesti menjadi kuat menahan emosi bergelora di dalam jiwa. Sanggupkah kita hilang kawan, hilang keluarga, hilang maruah hanya kerana kita orang panas baran ? Orang akan lebih menghormati kita, bila kita menjadi seorang yang bijak mengawal rasa marah. Ramai orang akan cepat mendekati kita, bahkan menyenangi kita sentiasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan