16 Oktober, 2009

DUGAAN TREN KOMUTER

Luahan hati sebagai seorang pengguna pengangkutan awam yang bernama “ KTM Komuter “ yang agak terkenal di Negara kita dengan penuh bangganya.

Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan para pembaca blog ini, yang mana mungkin tidak pernah merasai betapa azab dan sengsaranya ketika mana menunggu dan hendak menaiki Komuter dari Kuala Kubu Baru (KKB) ke Kuala Lumpur dan sebaliknya.

Inilah rutin harian saya yang berulang alik dari rumah ke tempat kerja dan begitulah juga sebaliknya. Seawal jam 6.00pagi saya terpaksa keluar dari rumah untuk mendapatkan Tren Komuter pada jam 6.20pagi dari Stesen KKB ke Kuala Lumpur bagi menepati masa masuk kerja pada jam 8.00pagi. Begitu lah juga ketika mana hendak pulang ke rumah, saya terpaksa bergegas ke Stesen Komuter tepat jam 5.20petang untuk dapatkan train dari KL ke Rawang dan seterusnya tiba di stesen KKB pada jam 7.00malam.
Memang menarik apa yang dicakapkan oleh sesetengah pihak yang mana ada mengatakan pergi kerja dengan menggunakan Tren Komuter dapat mengurangkan masalah kesesakan di jalan raya dan dapat menjimatkan belanja. Akan tetapi sekarang lain pulak bunyinya, bawak kereta adalah lebih baik dari naik Komuter, yang mana telah banyak berubah segala-galanya.
Tren Komuter tidak lagi seindah dan seceria dahulu. Tren selalu mengalami masalah kerosakan dan menyebabkan kelewatan berlaku apabila pihak KTMB terpaksa membuat perubahan jadual. Oleh yang demikian, masalah kesesakan penumpang telah berlaku dan menyebabkan penumpang terpaksa berebut dan berlakulah tolak-menolak antara satu sama lain tidak kira jantina, tua atau muda, asalkan dapat masuk dan balik, namun yang tidak bernasib baik, sudah tentu tak dapat masuk dengan muka bengang dan kecewa.
Persoalannya, sampai bilakah keadaan ini akan berterusan, dan siapakah yang akan bertanggungjawab bagi merungkai segala kesulitan ini. Kalau tak ada orang yang nak bertanggungjawab, swastakan saja lah. Apa gunanya stesen yang selalu nak dinaik taraf dan diperindahkan dengan keceriaannya, sedangkan masalah tren Komuter tak pernah nak di selesaikan.
Menurut kajian dan pemikiran pengguna yang waras lagi bijaksana, mereka lebih memerlukan tren Komuter daripada keindahan stesen.
Di antara mangsa yang terlibat adalah saya salah seorang dari ribuan penumpang Tren Komuter pada setiap hari bekerja. Sekiranya berlaku kelewatan tren, sayalah di antara orang2 yg paling lewat sampai ke pejabat dan begitulah jugak di waktu hendak pulang ke rumah, kadang2 jam 8.00 malam baru boleh masuk ke rumah.
Inilah luahan suara hati saya yang tak dapat nak digambarkan kepada semua pembaca blog ini. Inilah suasana yang terpaksa dihadapi oleh ribuan pengguna tren Komuter pada setiap hari di kala saat Negara sedang membangun dengan kemajuannya. Tak tau nak kata apa lagi dah….
Kalau nak tahu lebih lanjut, datanglah sendiri ke stesen komuter pada waktu2 yang dikatakan tadi.
Sekian terima kasih. 

4 ulasan:

Ladyship Atie berkata...

saya setuju.
sekarang ni, setiap kali nak gerak ke mana-mana menggunakan khidmat public transport, mesti kena fikir 10 kali.
nak kata murah pun x jugak dah, sebab nak ke stesen ktm pun kena bayar tambang taxi yg melambung-lambung harganya.

memang mengeluh lah.
semoga masalah ni diselesaikan oleh pihak berkenaan secepat mungkin.
inshaAllah

Tanpa Nama berkata...

salam, dahsyat sungguh ujian yang dilalui... sampai x tau nak kata apa dah... nak wat mcm mana? jom pakat2 tukaq kerajaan... anak jati kg masjid lama

Uqbah Azam berkata...

betul tu ustadz... sekarang ni memang kalau boleh tak nak naik komuter... selalu sangat delay...

Khairul berkata...

teruskan menulis ustaz...seronok membaca coretan ustaz...