03 Julai, 2009

ERTI SEBUAH PERSAHABATAN

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri. Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa. Tetapi kita sering terlupa. Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami, yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan. Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya, rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya? Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yang kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.? Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan? Sesekali jadilah sahabat yang mendengar dari yang hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia. Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang, sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan. Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan. Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu. RENUNGILAH… “HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA.”

19 Jun, 2009

DOA' MUSTAJAB

IKHLASKANLAH HATI MU BUAT SEKETIKA,
DEMI TUHAN MU YANG MAHA BERKUASA.
TAWADHU'LAH DIRIMU DI HADAPAN-NYA
MOHONLAH PERTOLONGAN DARI-NYA
SEMOGA HIDUPMU SEJAHTERA DI SANA....
أمين يارب العلمين

08 Jun, 2009

NASIHAT HASAN AL-BANNA

Saudaraku... Janganlah engkau putus asa, kerna putus asa bukan akhlak seorang Muslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok. Waktu masih panjang dan hasrat akan terwujudnya kedamaian masih tertanam dalam jiwa masyarakat kita, meski fenomena-fenomena kerusakan dan kemaksiatan menghantui mereka. Yang lemah tidak akan lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat. "Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat"

03 Jun, 2009

KENANGAN BERSAMA MENTERI KKRM

ACARA SAMBUTAN MENTERI BARU DI KEMENTERIAN KERJA RAYA,
DATO' SYAZIMAN B. ABU MANSOR
DISAMBUT DENGAN MEMBACA DOA' SELAMAT

27 Mei, 2009

HARI LAHIR KU

( PROGRAM YG XPERNAH DIDUGA )
KEK INI ADALAH HADIAH DARIPADA PARA PELAJAR SEM 3 PERSIJILAN, SEMPENA SAMBUTAN HARI LAHIR KU PADA 19 MEI 2009 YANG LALU.
TERIMA KASIH ANAK2 DIDIK KU YANG DIKASIHI.
KALIAN TETAP DI DLM INGATAN KU....
SEMOGA HIDUP KALIAN AKAN SENTIASA DIRAHMATI ALLAH SELALU.
MATLAMAT KITA SAMA :
BERJAYA DI DUNIA & CEMERLANG DI AKHIRAT NANTI.

26 Mei, 2009

ANUGERAH CEMERLANG ( APC ) JPM

KENANGAN BERSAMA KETUA SETIAUSAHA NEGARA
YBHG. TAN SRI MOHD SIDEK B. HJ HASAN
TERIMA KASIH
"AKU BERSYUKUR PADA-MU YA ALLAH, DI ATAS ANUGERAH YG TELAH ENGKAU KURNIAKAN KEPADA KU INI...."
BERSAMA PENSYARAH DARUL QURAN DI HARI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG JABATAN PERDANA MENTERI
PADA 12 MEI 2009 - DI PICC PUTRAJAYA

13 Mei, 2009

HIKMAH DI SEBALIK TAKDIR-MU RABBI

Ali R.a pernah berkata dalam nazham rajaz: sesungguhnya sahabatmu yang sejati adalah orang yang selalu bersamamu baik dalam keadaan suka maupun duka, dan orang yang bersedia mengorbankan dirinya untuk kepentinganmu,serta orang yang bersedia membantumu memberi jalan keluar ketika engkau sedang mendapat ksulitan..
Bila kau memandang segala-galanya dari Tuhanmu yang Maha mencipta, yang menimpakan ujian, yang menjadikan sakit hatimu, yang membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia. Bukan Allah tidak tahu derita hidupmu, retaknya hatimu tapi mungkin itulah yang Dia mahukan kerana Dia tahu hati yang sebeginilah selalunya lebih lunak dan mudah untuk akrab dan dekat denganNya...
Bila ALLAH cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
"Bila engkau letih & hilang semangat, ALLAH tahu engkau telah cuba sedaya upaya. Bila tangismu berpanjangan & hatimu duka, ALLAH telah mengira titis air matamu. Bila engkau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, ALLAH tetap bersamamu. Bila engkau kebuntuan akal maka ALLAH adalah penunjuk jalan... Apabila engkau telah berazam, maka bertawakkallah kepada ALLAH."
RINTIHAN KU YA ALLAH...
Ya Allah, satukanlah hati-hati kami di atas jalan-jalan kebenaran yang telah engkau redhoi, eratkanlah perasaan ukhwah mahabbah antara kami, semoga kehidupan kami akan sentiasa diredhoi oleh-Mu ya Allah.
Sekiranya perpisahan yang engkau takdirkan ke atas kami, kami redho dengan apa yang telah engkau tentukan. Kami bermohon kpd Mu Ya Allah, Ketemukanlah kami di Mahsyar Mu nanti, agar kami dapat sama-sama menuju ke Syurga-Mu Ya Allah, di tempat yang tiada lagi perpisahan akan berlaku.....Amiiiin Ya Rabbal Alamiiiin...

06 April, 2009

CARA MENGATASI EMOSI NEGETIF

Cara lain untuk Anda nak bersemangat ketika emosi negatif menyerang adalah merubah perhatian kepada sesuatu yang menyeronokkan. Ketika emosi negatif menyerang, ia menjadikan Anda marah, menahan geram, sakit hati atau melayan rasa tak puas hati. Maknanya, Anda sedang berada dalam kesakitan (pain). Bukan kesakitan cam luka tu, tapi Anda berhadapan dengan sesuatu yang Anda tak suka, yang membuat Anda jadi tertekan. Kita tak boleh hapuskan kesakitan emosi, menghilangkan tekanan atau melupuskannya. Kita hanya boleh kurangkan. Untuk mengurangkan kesakitan (pain), ubah perhatian kepada keseronokan (pleasure). Keseronokan adalah bila Anda bertemu dengan apa yang Anda suka. Untuk ada keseronokan, Anda kena membuat sesuatu yang menyeronokkan bagi Anda. Selain membuat, Anda juga boleh membaca, mendengar atau merasakan sesuatu yang menyeronokkan. Merasakan sesuatu? Cemana tu? Gunakan imaginasi. Kira macam syok sendiri la ni. Syok sendiri tak salah, apatah lagi jika ia berguna untuk merubah kita jadi bermotivasi. Ada orang, bila mengingat semula kenangan manis, emosinya berubah, pastu entah cemana dia jadi bersemangat tetiba. Ada orang, teringat awek dia, tetiba jadi girang semacam. Tadi murung, sekarang dah semangat nak buat kerja!. Ada orang, nampak gambar idola-idola dia, serta merta timbul semangat membara. Ada orang,bila terasa macam tak bermaya, dia perhati sekeliling, kengkawan dia, meja kerja dia, suasana tempat dia berada. Tiba-tiba timbul inspirasi, kemudian entah cemana dia jadi bersemangat semula. Tadi asyik ngantuk, sekarang dah OK nak bekerja. Contoh-contoh tadi Anda boleh aplikasikan pada diri Anda. Tujuannya untuk membuat Anda mengawal emosi, menghalang emosi dari mengawal Anda. Bila Anda dah mahir mengawal emosi, tanpa Anda ketahui Anda dah boleh mengawal tahap arus minda, bahkan Anda boleh memperalatkan minda separa sedar untuk mencapai apa saja target yang Anda mahu, seperti mana Anda memperalatkan kaki untuk berjalan, tangan untuk makan dan mata untuk melihat. Sebaik-baik emosi adalah emosi positif kerana ia membina potensi Anda untuk muncul jadi orang berjaya. Seburuk-buruk emosi adalah emosi negatif kerana ia meruntuhkan potensi Anda serta merta.

10 Mac, 2009

MAJLIS PERPISAHAN BERSAMA IQ-RAC

Majlis ini membawa seribu erti di dalam kehidupan sebagai pendai' di atas muka bumi ini.
Suasana yang tidak dapat dilupakan ketika bersama para pelajar Persijilan dan Diploma di
Darul Quran JAKIM Kuala Kubu Bharu.
UCAPAN PERPISAHAN SEMENTARA
ACARA MEMOTONG KEK DAN MAKAN KEK
DI ANTARA HADIAH2 KENANGAN DARI PELAJAR

ACARA PERSEMBAHAN TERAKHIR BERSAMA PELAJAR

DI MAJLIS JAMUAN PERPISAHAN, MMMMMM MEMANG SEDAP!! TERIMA KASIH YANG TAK TERHINGGA DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR PERSIJILAN YG TERLALU PERIHATIN TENTANG ERTI UKHWAH FILLAH...

14 Februari, 2009

DI SAAT TERAKHIR DI DQ

SESI PUNCH CARD TERAKHIR PADA JAM : 06:15 pm, 13/02/2009,
DI DARUL QURAN JAKIM
KENANGAN MANIS BERSAMA PELAJAR KELAS PERSIJILAN SEM 1
SESI 09 / 10

KENANGAN BERSAMA PELAJAR KELAS TASMI' SEM 6 DI RESTORAN DE' ABANG RAWANG PADA 13/02/2009 JAM 09:00 pm.

07 Februari, 2009

DQ DLM KENANGAN

Salam kesyahduan...... Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari...... Anak2ku yang dikasihi,
Tidak disangka semua ini akan terjadi, tidak diduga ujian bakal ku temui. Bahtera bertukar nakhoda. Sayu dan hiba diri ku utk melangkahkan kaki meninggalkan bumi barakah ini. Cita2 tggi mggunung utk menabur bakti menyemai budi, bagi mendidik anak2 pertiwi pembela Islami, tidak lagi berpijak di bumi nyata. Lembah ketenangan bakal menjadi keresahan, keamanan bakal menjadi kesibukan, Namun tetap ku hadapi jua, mungkin ada hikmah di sebaliknya.
Anak2ku yang dirahmati,
Jangan dikesali pemergian ini, berpisah hanyalah utk sementara, berkhidmat utk agama dan bangsa tidak kira di mana kita berada. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, semoga pertemuan dan perpisahan kita akan diberkati oleh yang Maha Esa. Iringilah perpisahan ini dgn doa' dan harapan, semoga kita akan dipertemukan di masa yang telah ditentukan Tuhan ...........Insyaallah.

12 Januari, 2009

QUNUT NAZILAH

Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah,
di Palestin, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa.
Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu.
Wahai Tuhan Yang Maha Gagah, Wahai Tuhan Yang Maha Keras, Wahai Tuhan Yang Maha Membalas, Wahai Allah!! Wahai Allah, Tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), Tuhan yang menggerakan langit, Tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
Ya Allah, Engkau Berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba Kamu.
Ya Allah! Rezkikan kepada kami syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari azab neraka.

09 Januari, 2009

UCAPAN KHAS

بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah dan segala pujian ke atasNya, kerana dengan limpah kurniaNya, kita masih berpeluang untuk terus menikmati keindahan flora dan fauna di Alam maya ini. Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad s.a.w.
Ucapan Tahniah dan syabas saya hulurkan kepada mereka yang telah berjaya menamatkan Hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzu’ dengan jayanya. Semoga apa yang telah kita usahakan itu akan diberi ganjaran oleh Allah s.w.t. di Akhirat nanti. Persiapkanlah dirimu sebelum melangkahkan kaki menuju ke puncak jaya, dan bersabarlah menempuh segala dugaan dan cabaran di perjalanan, demi untuk merialisasikan apa yang diimpikan. Semoga perjalananmu akan terus diiringi petunjuk dan kerahmatan dari yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam kasih, salam sayang, ucapan terima kasih dan jumpa lagi di masa akan datang. Wassalaamualaikum w.b.t Nukilan oleh : Us Mohd Taufiq Arshad©

07 Januari, 2009

GAMBAR KENANGAN

Kenangan bersama anak-anak didiku yg dikasihi, di saat menanti tibanya masa perpisahan yg bakal menjelang. Senda guraumu, suka duka mu tetap terpahat di kalbuku. Bersedialah anak2 ku, untuk melangkahkan kaki mu ke medan perjuangan yang penuh dgn onak dan duri, demi utk merealisasikan apa yang enkau telah impikan. Bersabarlah, bagi menempuh segala dugaan dan cabaran, liku2 di perjalanan.

04 Januari, 2009

TAHUN BARU

ASSALAMUALAIKUM......W.B.T.
Selamat datang 1430H, Selamat datang 2009M. Semoga kehadiranmu akan membawa seribu pengertian di dalam kehidupan ku. Aku bersyukur kepada Mu ya Rabbi, dengan keizinanMu, aku masih berpeluang menikmati kurnianMu. Allahu akbarr.....

05 November, 2008

LANGKAH MENGATASI PANAS BARAN

Orang yang panas baran , jadi cepat marah sebab dia tak terbiasa untuk bersabar. Sabar baginya satu perkara remah. Ego dalam dirinya tercabar, sebab itu dia cepat naik angin. Jadi panas berapi. Ego adalah sebahagian dari nafsu. Untuk melawan nafsu, hanya dengan puasa dan bersabar. Bersabar, jika dikaji maksud sebenarnya adalah ‘menahan diri’. Puasa pula, menahan diri dari makan dan minum. Ketika berpuasa, secara automatik ia akan membuat kita jadi penyabar. Bagi Anda yang susah nak kawal rasa marah atau mencari cara bagaimana nak hilangkan sikap panas baran , amalan berpuasa (puasa sunat selain puasa wajib di bulan Ramadhan) adalah penyelesaian terbaik. Sebagai umat Islam, ibadah yang dilakukan dengan ikhlas untuk mengharap pahala daripada Allah, sudah tentu akan menjauhkan diri kita dari sikap-sikap negatif, termasuk panas baran, pemarah dan tekanan. Bila kita rajin berpuasa sunat, serta merta puasa itu akan membentuk kita jadi penyabar, lalu menjadikan kita kuat mengawal emosi. Orang-orang yang sabar dijanjikan kejayaan dan kebahagiaan. Sebaliknya, orang yang tamak dan kurang penyabar, dijanjikan kerugian dan kekalahan. Kita perlu LiveStrong . Kita perlu kuat menahan marah, bahkan melawan rasa nak marah. Kita mesti menjadi kuat menahan emosi bergelora di dalam jiwa. Sanggupkah kita hilang kawan, hilang keluarga, hilang maruah hanya kerana kita orang panas baran ? Orang akan lebih menghormati kita, bila kita menjadi seorang yang bijak mengawal rasa marah. Ramai orang akan cepat mendekati kita, bahkan menyenangi kita sentiasa.

03 November, 2008

SABAR ITU CIRI2 ORG BERIMAN

Kawalan emosi yang ampuh adalah dengan sabar. Bila nak marah, tahan marah. Bila rasa tertekan, tahan rasa tertekan. Cari sesuatu yang lain lalu salurkan kemarahan atau rasa tertekan melaluinya. Sesetengah orang, menggunakan aktiviti tertentu untuk ‘lepas geram’. Ada orang menumbuk beg pasir dengan kuat semata-mata melepaskan stress terbuku lama di kepalanya. Ada sesetangah orang, bekerja dengan sangat rajin sebagai respon atas kritikan pedas menekan yang diterimanya. Ingat! jangan lepaskan dengan perkataan dari mulut Anda, tapi lepaskan dengan perbuatan. Lepaskan dengan cara diam-diam, kerana itu adalah cara mengawal marah hasil atau rasa tertekan. Tak siapa yang sanggup bersabar lama-lama. Marah dan rasa tertekan yang disimpan, mesti dilepaskan keluar satu persatu. Jika disimpan lama-lama dalam hati, akan jadi macam gunung berapi. Satu hari nanti, meletup berapi!

25 September, 2008

SALAM AIDIL FITRI

Selamat menyambut Aidil Fitri untuk semua Ummat Islam amnya dan Khususnya kpd semua Ummat Islam Di Bumi Malaysia ini.
Sama2 lah kita manfaatkan Hari Lebaran ini dengan sebaiknya, semoga kita akan sentiasa dicucuri rahmat dr Ilahi.
semoga ceria2 selalu hendaknya di hari yg mulia ini.
Jangan lupa ziarah menziarahi sesama kita, kerana itu adalah amalan mulia lagi terpuji.

08 Ogos, 2008

PROMOSI ALBUM

Album Gemersik Huffaz berbentuk cakera padat /Audio CD memuatkan Alunan Zikrullah yang agak menyentuh jiwa para pendengarnya. Album ini telah diterbitkan sendiri oleh kumpulan Nasyid Darul Quran . Baru saja diterbitkan, telah diedarkan dan bakal berada di pasaran tidak lama lagi. Album ini juga telah
diluluskan oleh pihak KPDN & HEP.
Jangan lupa utk dapatkan yg Original lagi berkualiti.

Harga biasa :RM 15.90 x 1 ( Harga promosi Sempena Aidil ADHA RM13.00 sahaja ) Harga melalui Pos laju :RM 20.00 Sebarang tempahan boleh dibuat melalui no H/P : 013-2002107. Pembayaran boleh dibuat melalui Akaun CIMB : 0207-0026668-523 (Us Mohd Taufik Arshad )

Cepaat!!!! sementara stok masih ada..... Pasti Tersentuh jiwa....Saya sudah dengar, anda bila lagi.....